TENTANG YURAN KURSUS


TENTANG YURAN KURSUS

Artikel ini adalah jawapan apabila Anda bertanya "mengapa Program Anugerah Agung kami harus menjelaskan yuran kursus?" - Sebelum semua kami bahas, ada satu hal yang ingin kami luruskan, iaitu bahawa Anda tidak dipaksa mengikuti program Anugerah Agung. Kalau Anda berniat mengikuti, maka ikutilah dengan lapang dada dan senang hati. Anda tidak harus membayar yuran apapun kalau Anda tidak ingin belajar program kami.

 
Perlu Anda fahami, apabila Anda memutuskan belajar Program Anugerah Agung atau tradisi spiritual lain dari kami, jangan sekali-kali berfikir bahawa Ilmu Metafizik boleh dibeli dengan wang. Seberapa banyak pun Anda membayar kami, maka tidak akan dapat berhasil apabila tujuan awal Anda tidak baik, Anda tidak serius dalam belajar, guru Anda tidak ikhlas menurunkan ilmu, dan / atau Yang Maha Kuasa tidak berkehendak.
 
Yuran yang Anda bayarkan seharusnya diberikan dengan tulus ikhlas sebagai tanda terima kasih kepada Tuan Guru yang bersedia meluangkan waktu dan tenaganya untuk membimbing Anda. Setidaknya ada banyak faktor mengapa kami menetapkan yuran tertentu untuk boleh mendapatkan mengikuti Program Anugerah Agung.
 
Menghimpun Dana
Anda pasti faham dan setuju, bahawa suatu organisasi tidak akan boleh bertahan dan berkembang tanpa adanya dukungan dana yang kuat. Maka dari itu, bukanlah suatu hal yang aneh jika sebuah organisasi berupaya mengumpulkan dana dari anggotanya atau orang-orang yang berhubungan dengan organisasi tersebut. Dalam menyelenggarakan kursus Ilmu Metafizik kepada Anda, diperlukan sejumlah dana operasional, antara lain untuk :

  • Membayar gaji asisten yang menangani administrasi. Kerana kesibukan Dr.Rizal yang tidak memungkinkan mengelola sendiri, maka untuk urusan administrasi diserahkan kepada orang lain, sedangkan Dr.Rizal hanya menangani konsultasi murid yang telah menyelesaikan administrasi.
  • Pembuatan website, sewa hosting, maintenance, dan sebagainya.
  • Kos akses internet untuk menjawab email konsultasi dari para murid.
  • Dan yang paling utama, yang memerlukan banyak dana adalah rencana pengembangan Anugerah Agung untuk meluaskan empayar Perguruan di seluruh Malaysia dan luar Negeri serta untuk membangun gedung-gedung pusat pelatihan dan pengubatan alternatif.
  • Selain itu, Mengganti wang yang sudah kami keluarkan untuk pembayaran iklan Perguruan Anugerah Agung Spiritual Development Centre yang cukup mahal.
  • Mengganti wang keletihan / kelelahan dan waktu kami yang terpakai sebagai guru pembimbing spiritual anda selama pelatihan: baik sebelum pelatihan,saat pelatihan, mahupun sesudah pelatihan secara langsung mahupun jarak jauh via phone,email,mms,sms,surat dll.
  • Pembiayaan dengan jumlah sesuai nominal yang kami tentukan bukanlah dimaksudkan sebagai penjualan suatu ilmu, kerana kami berusaha dengan seikhlasnya untuk tidak bermaksud memperjualkan ilmu. Adapun pembiayaan tersebut tidak lain hanyalah sebagai wujud partisipasi anda untuk mengganti sebahagian dari dana ribuan ringgit yang kami keluarkan tiap-tiap bulan untuk iklan. Sebahagian lagi sebagai pengganti bahan dan jasa bimbingan kami yang meliputi: waktu kami yang terpakai untuk membimbing anda, pengorbanan,pencarian dan usaha kami selama ini dalam mendapatkan dan mengolah ilmu tersebut yang meliputi waktu,materi,puasa, dll selama bertahun-tahun lamanya sampai rahsia ilmu tersebut sampai ke tangan anda saat ini.
  • Mentor Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D AM.MD (UK) untuk mendapatkan semua ilmu yang ada di Anugerah Agung mengambil masa cukup lama puluhan tahun untuk mempelajarinya disamping kos yang pastinya bukan sedikit dan bernilai ‘ratusan ribu ringgit.’ Semua ilmu boleh diturunkan kepada anda hanya dalam masa sehari. Bayangkan betapa jimatnya anda untuk memperolehi ilmu ini berbanding dengan kos / masa yang perlu anda habiskan jika ingin mempelajarinya bersendirian. Selain itu juga, kos kursus adalah untuk menampung kos klinik, kakitangan dan pengurusan ANUGERAH AGUNG SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTRE. Kami juga rasa, kos yang ditawarkan amat berpatutan dan mampu dibayar oleh mereka yang berminat untuk mendapatkan ilmu ini !
  • SEKIRANYA ANDA MEMANDANG DARI SUDUT  KEWANGAN yang akan anda keluarkan maka ianya akan menjadi MAHAL tetapi cuba lihat dari sudut ILMU yang akan anda pelajari,dan manfaat yang akan anda perolehi, ianya tidak ternilai dengan wang ringgit **


Demikianlah penjelasan singkat tentang Program Guru Agung Anugerah Agung  ini. Mohon maaf atas kekurangannya,kerana kami tidak lain hanyalah manusia belaka yang memiliki banyak kekurangan. Akhirnya, semoga anda dan kami serta kita semua mendapatkan keberkahan,keselamatan, dan ridho Allah dalam mempelajari dan menjalankan ilmu ini. Barokallahu lana wa lakum. Aamiin