TESTIMONI TERBARU PESERTA GURU
AGUNG BULAN OKTOBER 2014
Assalamualaikum,
Pada hari Jumaat, 31 October 2014,
saya telah mengikuti PROGRAM GURU AGUNG ANUGERAH AGUNG yang telah lama saya
impikan sebelum ini. Ber bekalkan keyakinan dan tekad (tiada yang mustahil di
dunia ini jika di izin kan Allah) saya telah menghadirkan diri untuk menemui
Tuan Guru Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D di Sarawak, Malaysia.
Apa yang telah membuatkan saya
tertarik kepada program ini adalah, ia dapat mengubati penyakit saya dan juga
dapat mempelajari berbagai ilmu yang nyata dan yang ghaib. Dengan itu juga ia
dapat mendekat diri kepada Allah.
Sebelum ini saya mempunyai
beberapa penyakit ganjil dan sebelum ini saya mengunakan rawatan teknologi
Sains untuk merawat penyakit saya. Apakan daya ubat-ubatan yang saya makan cuma
untuk menghilangkan sakit dan menenangkan ketakutan. Telah banyak wang ringgit
telah saya belanjakan di hospital swasta, tetapi penyakitnya masih tidak sembuh
sepenuhnya. Berikut adalah penyakit yang saya hadapi dan semenjak 3 tahun yang
lepas ia makin jadi serius.
1. Sakit dada sebelah kiri.
2. Sakit pinggang sebelah kiri, bukan
batu karang.
3. Selalu rasa takut dan memikirkan
perkara yang bukan.
4. Terasa lemas apabila hendak tidur dan
selalu terkejut sewaktu tidur.
5. Mimpi yang menakutkan dan yang kerap
diulang-ulang mimpi nya ialah saya mempunyai ilmu mengerak kan benda dari jauh.
6. Di rumah waktu tengah malam ada orang
main guli dan bumbung selalu berbunyi seperti ada yang terjun di atas bumbung.
7. Selalu pening dan mengantuk selepas
makan.
8. Cepat letih dan termengah-mengah
walau pun sikit pergerakannya. Bila berjogging tiada masalah.
9. Bacaan darah mempunyai kolestrol yang
tinggi.
10. Sakit sendi-sendi.
Disebabkan penyakit yang saya
hadapi ini juga membuatkan saya jadi tekad untuk berjumpa dengan Tuan Guru Dr.
Mohamad Rizal Bin Rosdi PH.D.
Hari Pertama:-
1. Hari pertama tibanya di Sarawak saya
di rehatkan untuk persediaan pengisian PROGRAM GURU AGUNG ANUGERAH AGUNG. Dalam
masa yang sama Tuan Guru Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D. melihat keadaan
penyakit saya.
Hari Kedua:-
1. Selepas bersarapan pagi saya dan Tuan
Guru Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi PH.D. pergi ke pekan untuk mencari persiapan
untuk mandi bunga, ini adalah untuk penyembuhan penyakit saya. Kami memerlukan
7 jenis bunga. Sebelum mandi Tuan Guru Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi PH.D telah
membacakan doa. Untuk pengetahuan bunga tersebut baunya wangi, apa yang
peliknya disini selepas saya selesai mandi, saya dapati seluruh ruangan dalam
bilik air tersebut berbau sangat hanyir dan busuk, dan sesekali berbau seperti
kertas terbakar.
2. Pengisian bermula, semasa pengisian
saya dapat rasakan tenaga magnet dari tangan Tuan Guru Dr. Mohamad Rizal Bin
Rosdi Ph.D dan tenaga berikut di salurkan kepada saya. Semasa diakhir pengisian
sesuatu telah keluar melalui kerongkong saya terus kepada umbun-umbun kepala,
rasanya seperti vacuum menyedut keluar. Selesai daripada pengisian saya rasa
sangat fresh dan bertenaga seperti dulu.
3. Latihan seterusnya mengaktifkan
beberapa fungsi seperti mengesan energi alam dan sebagainya……….. dan selebihnya
ialah latihan pernafasan dan menyerap energi haq Guru Agung.
Hari Ketiga:-
1. Hari ini ialah hari terakhir dan ia
adalah berupa ujian praktikal, apa yang diuji ialah mencucuh api rokok dimuka
dan di tangan, pada muka oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D
sendiri yang mengujinya dan ditangan saya sendiri yang mencucuh api rokok
tersebut. Apa yang perlu saya buat cuma berzikir dan yakin. Dan di akhir
pengujian Tuan Guru menyarankan saya sendiri melakukan pengujian dengan
mencucuh bara apa rokok yang masih menyala pada kulit tangan saya.Pada mula
saya mencucuh ditangan, saya rasa terkejut dan zikir saya terhenti seketika dan
ini membuatkan ianya terasa teramat sakit. Apabila saya menyambung zikir
tersebut saya terus mencucuh hingga berkali kali tanpa rasa sakit atau pun
melecur.Alhamdulillah dengan keizinan Allah saya dapati kulit saya tidak
terdapat sebarang kesan mudarat ataupun melecur sedikitpun..
Wassalam.
Azmi Zolkepli
Sg Buloh
Selangor
TESTIMONI LANJUTAN SISWA GURU AGUNG YANG BARU
MENGIKUTI PROGRAM GURU AGUNG HAQQUL YAKIN ANUGERAH AGUNG PADA BEBERAPA BULAN
LEPAS TAHUN 2014(19/06/2014)
Pesakit pertama sekali adalah
isteri sy yg sakit pinggang hampir 1 tahun. Malah sakit pinggangnya melarat
hingga ke punggung.Alhamdulilah selama 3 malam sy alirkan energy penyembuhan
hingga ke hari ini isteri sy bole duduk dgn elok dan sehat seperti
sediakala..alhamdulilah
Pesakit kedua adalah ibu sy
sendiri. Beliau mengalami sakit badan seluruh anggota akibat dari khianat
manusia. Ibu saya ada membuka kedai coklat di hadapan sekolah rendah. Guru
bayangkan kekadang smpai xdapat nak bayar sewa bulanan akibat tiada siapa yg
singgah membeli. Sedangkan begitu ramai pelajar sekolah rendah. Setelah sy
pulihkan kedai ibu sy alhamdulilah, air yg ibu sy jual abis di beli dlm masa 2
ari shj dan kuih serta coklat abis dibeli dlm masa 1 ari shj...alhamdulilah, sy
terus dgn merawat ibu sy, beri mandi dan air penawar dan alhamdulilah ibu sy
tidak mengalami sakit2 badan lagi dan tidak mengalami mimpi2 buruk lg.
Alhamdulilah...
Ini antara pengalaman merawat
pesakit. Ada juga guru pengalaman yg pelik, seperti minum air di kedai hanya
bayar RM1 sahaja. Yg paling pelik tayar pancit antar kedai tayar repair xperlu
bayar apa2. Dan yg satu ni smpai ke hari ni sy masih fikirkan, sy minum dgn
kawan sy d kedai mamak, ada sorg lelaki yg agak berumur memandang sy dlm
keadaan marah smbil berdiri, sy hairan kenapa lelaki ni asyik pandang sy, akhir
sekali sy renung dia dan dia trus keluar dr kedai seperti org
ketakutan..masyaallah, tak faham sy guru
situasi tu...
Tangan sy tersimbah air panas dr
cerek air yg baru di masak, tp alhamdulilah guru, tangan sy tidak melecur dan
tangan sy tidak merasa sakit dan kepanasan. Alhamdulilah...hanya Engkau Ya
Allah tempat Ku berlindung dan Engkaulah sebaik-baik pelindung...
Ini antara pengalaman menarik selama sy mengamalkan ilmu guru
agung guru...
Daripada:
Master Lathiff Bin Bahari
0142344644/01121146696
TESTIMONI
LUARBIASA SISWA GURU AGUNG YANG BARU MENGIKUTI PROGRAM GURU AGUNG HAQQUL YAKIN
ANUGERAH AGUNG PADA BEBERAPA BULAN LEPAS TAHUN 2014(18/06/2014)
Saya
mengubat dah 6 orang yang mengalami sakit kronik...1 kes makngah saya sendiri yang
mengalami sakit di tengkuk dan lutut..dah puas dia berubat dan dah bermacam-macam
orang dia jumpa, sampai ke melaka, negeri sembilan, johor, perak, selangor..dia
mengadu dengan saya...secara tidak langsung saya mengatakan saya hanya berusaha
sahaja, tapi semuanya dengan izinNYA semata-mata...tapi apa yang berlaku hanya
dengan sekali saya mengubat makngah saya, terus sembuh dari kepala hinggalah ke
lutut..hingga sehat untuk ke Mekkah memgerjakan umrah...saya betul-betul
bersyukur...dan saya ingatkan pada makngah saya yang Allah sahaja yang
mengizinkan bukan saya yang menyembuhkan...
Kes
kedua seorg saudara Islam mengalami darah tinggi tahap teruk, lutut, jantung
dan gout...saya cuba ikhtiarkan dan dengan izin Allah setelah di buat
pemeriksaan doktor , doktor hairan bagaimana dia boleh sembuh normal seperti
sediakala...Ya Allah, saya dengar terus sujud syukur pada Allah…..
Kes yang lain tu pulak makcik dekat rumah saya mengalami sakit di buat orang dah bertahun-tahun, hinggakan di kakinya berbekas seperti orang mencucuk jarum...saya cuba usahakan dengan beri minum air dan juga air buat mandi...selepas dia mandi, badannya terus merasa lemah dan sakit-sakit di seluruh badan..saya cuma syorkan agar di minum air yang saya buatkan tu...alhamdulillah, hari kedua beliau terus sembuh dan ceria dengan secerianya...wajahnya mula bercahaya dan dia rasa cergas...wajahnya dan seluruh tubuh mula menampakkan darah berjalan...alhamdulillah... Dan makcik tu minta saya buatkan pendinding untuk dirinya dan rumahnya dan alhamdulilah beliau sehat sehingga ke hari ni...
Syukur saya panjatkan pada Allah Kekadang
saya fikir, saya bukanlah pandai sangat guru.. Tapi ilham tu datang untuk buat
begitu dan begini...
Kekadang rasa takut pula kerana pesakit
yang datang memberi pengharapan yang sangat tinggi pada saya untuk mereka
sembuh dan sehat..setiap kali itulah yang saya akan ulangi bahawa hanya Allah sahaja
yang menyembuhkan bukan saya..jangan sekali-kali yakin dan percaya pada saya.Hanya
yakin dan percaya padaNya
Daripada:
Master Lathiff Bin Bahari
0142344644/01121146696
TESTIMONIAL PESERTA PROGRAM GURU AGUNG ANUGERAH AGUNG
TAHUN 2007
Nama: Mohamad Khairul Firdauz Bin Anuar (Guru Besar
Hidayat Jati Spiritual Development Centre)
Nama Perguruan Hidayat Jati telah diberikan Dr. Rizal kepada Master Khairul untuk membuka perguruannya sendiri setelah mengambil program “Guru Agung”.
Alamat: Hidayat Jati Spiritual Development Centre,
13, Jalan Abang Barieng, 96000 Sibu,
Sarawak
Assalamu’alaikum wr wb,
Bersyukur saya ke
hadrat Ilahi kerana saya telah dipertemukan dengan Dr. Rizal dan saya juga
bersyukur kerana Allah SWT telah memberi hidayah dan telah membuka pintu rezeki
yang melimpah ruah kepada saya bagi membolehkan saya mengikuti program ini
dengan jayanya.
Alhamdulillah..,
Program ini yang saya cari-cari selama ini. Banyak sekali kelebihannya. 1001
kegunaannya. Bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Keberkesanannya telah terbukti.
Inilah keupayaan manusia yang telah Allah SWT ciptakan sebaik-baik kejadian
didunia ini. Terpulang kepada anda semua untuk menilainya.
Banyak sekali keilmuan yang telah saya
pelajari dalam program ini. Niat yang kuat untuk cuba membantu sesama manusia
telah menjadi pendorong semangat saya untuk mengijazahkan mereka-mereka yang
datang meminta bantuan dengan saya.
Alhamdulillah.., berkat keyakinan dan kesabaran, semakin ramai yang
telah datang untuk menjadi anak murid saya kerana keilmuan yang telah
diijazahkan telah memberi kesan yang positif kepada mereka dan telah terbukti
keberkesanannya. Tidak kira tua dan muda. Ada juga mereka yang datang untuk
menambahkan lagi keilmuan mereka. Saya juga telah mampu mengijazahkan mereka
dari jarak jauh. Ilham juga tidak putus-putus datang tidak kira dimana sahaja
saya berada. Ada juga mereka yang datang berjumpa dengan saya untuk mengubati
penyakit misteri seperti terkena ilmu hitam, sihir, santau, saka dan ada juga
mereka yang datang untuk mengubati anak-anak mereka yang degil, lambat jodoh,
aura seri, mandi bunga pengasihan dan banyak lagi. Saya juga sudah mampu untuk
mengubati mereka yang meminta bantuan dari jarak jauh.
Dengan izin Allah, semuanya dapat diatasi.
Ada juga dikalangan mereka datang membeli produk-produk saya seperti minyak
pengasih, minyak pelaris, mata cincin dan tasbih bio-energi, garam aura dan
banyak lagi. Semuanya telah memberi maklum balas yang positif. Produk-produk
ini kebanyakannya dari ilham-ilham saya sendiri setelah mempelajari dan
menguasai Program Spektakular Guru Besar Anugerah Agung (Guru Agung). Sungguh
singkat dan tidak perlu puasa. Tanpa batas jarak dan waktu. Program ini sangat
lengkap dan dirangkumi dengan pelbagai keilmuan. Sungguh dahsyat. Anda sendiri
akan dapat merasai kekuatannya dalam masa yang singkat semasa
pengijazahannya.Semakin kita mendekatkan diri kepada Allah, semakin banyak
kelebihan dan manfaat yang kita perolehi. Allah didekati dengan riyadhah /
tirakat. Sembahyang 5 waktu sentiasa terjaga. Alhamdulillah…
Inilah program
yang anda cari selama ini. Pelbagai manfaat yang anda akan perolehi. Yang telah
saya tulis diatas hanya sedikit sahaja. Sebenarnya, terlalu banyak
kelebihannya.
Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Sekian, terima
kasih
TESTIMONI
PESERTA GURU AGUNG/PROGRAM GURU SPIRITUAL/GURU BESAR ANUGERAH AGUNG
PENGAKUAN IKHLAS PESERTA GURU
AGUNG HAQQUL YAKIN ANUGERAH AGUNG(GURU SPIRITUAL)
Assalamualaikum,
Pertamanya
saya memanjatkan kesyukuran ke atas ALLAH S.W.T dapat kenal dan berguru dengan
guru mursyid Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi. Sebenarnya sudah lama saya berminat
dengan program yang dianjurkan oleh Anugerah Agung atas sebab minat dan demi
keselamatan diri dan kelurga saya serta untuk merubah diri. Dan alhamdulillah
dengan izinNya saya berjaya mengambil program Spectakuler Guru Anugerah Agung
pada 22/11/08 hingga 24/11/08.
Selepas pengisian, saya telah diajar oleh Guru Mursyid Dr. Mohamad Rizal bin Rosdi cara bernafas untuk tenaga dalam yang betul. Saya juga diajar teknik jurus tenaga dalam dan memanggil silat-silat lama seperti silat Hang Tuah, Hang Jebat dan Rajawali di tepi pantai, iaitu suatu pengalaman yang sangat menarik dan membawa perubahan yang cepat dalam diri saya. Antara atraksi yang saya lakukan ialah dipukul badan dengan besi sehingga bengkok besi, disayat dengan parang tajam, ditetak perut dengan parang tajam, dicucuk dengan jarum, di tumbuk dengan kuat di dada dan tulang rusuk, mentransfer energi pada dinding.. dll, alhamdulillah badan saya tidak cedera sedikit pun. Atraksi lain adalah seperti mengebalkan telur hingga keras macam batu, mengebalkan mentol bulat hingga tak pecah bila dijatuhkan, mengupas kelapa dengan gigi, mengunyah dan memakan kaca dll.
Jika ada rezeki dan masa lagi insya Allah saya akan terus belajar lagi dengan Guru Dr. Rizal. Akhirnya saya amat berterima kasih dengan bimbingan dan menjadi anak murid Guru Dr. Rizal, beliau bukan sahaja guru yang hebat dan tinggi ilmunya, malah beliau seorang yang amat mesra dan tidak sombong sedikit pun. Alhamdulillah.
Yang
benar,
Master
Ismail Bin Ahmed